I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, June 30, 2010

Ms/Mr/Mrs/Others (Mak Nyah)

Kamu pernah membuat temu janji,kan?Biasanya dalam Application form sana ada tulis jantina :
Ms/Mr/Mrs sahaja.

Tak kan pula hanya golongan jantina lelaki dan perempuan sahaja dalam masyarakat kita?Mengapa kita tidak boleh tambah satu lagi perkataan,iaitu : Others/Lain-lain?

Kenapa tidak? Perkataan "Others/Lain-lain" sebenarnya boleh ditujukan kepada mereka,yang mana tumbesaran mereka berlainan sikit daripada jantina lelaki/perempuan,ataupun "Lain-lain Jantina" yang saya maksudkan.Baru-baru ini mereka menamakan golongan mereka sebagai "Mak Nyah".

(MENGAPA "Mereka" tidak diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan yang ada pada mereka?)

Adakah kita berasa gembira/puas hati ketika kita memanggil golongan in "Pondan,A Gua,Cam" dan sebagainya dijadikkan bahan ketawa selepas menyamu selera?Atau kebanyakan orang ingat "Mak Nyah" hanya dijadikan bahan kepuasan nafsu/keganasan mereka?

Setahu saya,golongan "Bisexual" ini berlaku,ada yang disebabkan masalah kelainan genetik semasa ibu mengandung,Ini menyebabkan Mak Nyah mempunyai dua jenis organ:iaitu organ lelaki dan perempuan pada badan seseorang.

Ada pula yang disebabkan tumbesaran persekitaran,dimana golongan yang mereka campuri kebanyakannya merupakan gadis,ini menyebabkan kelakuan dan cara pertuturan mereka seperti gadis,tetapi mereka adalah golongan lelaki.

Sebab itu ada orang membuat pembedahan untuk menjadikan mereka sebagai "Gadis" yang mereka idamkan. (Ini bergantung kepada keinginan dan pendapat mereka tersendiri.)

Kita tidak berhak untuk menilai golongan,dalam apapun jantina,kaum,kewarganegaraan dan lain-lain bangsa.Kita semua "Asalnya" berasal dari kandungan ibu,dan kejayaan ibubapa yang "mendatingkan" anak mereka datang ke dunia ini.Jadi semua golongan adalah sama sekali.

Orang yang menyindir orang lain,sebenarnya dia yang menyatakan keburukan dia sendiri.Sekiranya kamu nampak mak bapa kamu kena buli/mengakibatkan kematian,apa perasaan yang dihadapi ketika "Kamu" membuli golongan lain?

Golongan "Mak Nyah"sepatutnya,dan seharusnya diberi pendidikan yang sama seperti rakyat bangsa Malaysia.Mereka kena menyara hidup mereka juga.Ada kes dimana sesetengah golongan yang "Bertuah" diberi pekerjaan menyanyi di kelab dan pub.

Tetapi ini tidak mencukupi,mereka seharusnya ada kelayakan seperti golongan lelaki & perempuan:Berdikari,berkeluarga,diberi perlindungan Akta2 yang setimpalnya, dan dihormati.


(Ada juga golongan yang menganggapkan haiwan sebagai anak kesayangan mereka,dijaga dengan rapi & disukai,kenapa pula tidak pada golongan kecacatan dan golongan "Mak Nyah"?)


PIKIRLAH SENDIRI !!!



No comments:

Post a Comment